Cara Masak Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah

Macam mana cara buat Mee Basah? Mee Goreng Basah paling senang dan cepat nak buat. Resepi Mee Basah ini sedap dan mudah nak buat untuk sesiapa sahaja. Sesuai nak buat bila jamu tetamu ataupun bila malas nak masak.


Bahan-Bahan Perencah
1. 1 Biji Bawang Merah
2. 3 Ulas Bawang Putih
3. Cili Kisar
4. Kicap Manis
5. Sos Cili
6. Sos Tiram

Bahan-Bahan Lain
1.  Mee Kuning
2.  Fish Cake / Fish Ball
3. Udang/ Ayam/ Daging
4. Stock air Udang/Ayam
4. Tomato
5. Sawi
6. Lada Putih 
7. Taugeh


Cara Masak Mee Goreng Basah

Ringkasan Langkah:

  1. Tumis perencah
  2. Masukkan Udang/Ayam/ Daging
  3. Masukkan batang sawi. fishball, fishcake
  4. Masukkan lada putih
  5. Masukkan stok air udang/ayam
  6. Masukkan mee kuning yang sudah dibasuh dan ditoss 
  7. Gaulkan dan adjust perencah (+ sos ciili, tiram dll) Ikut citarasa
  8. Masukkan tomato
  9. Ulang masukkan stok air udang/ayam untuk lebih berkuah
  10. Masukkan daun sawi, taugeh
  11. Siap!

Video Tutorial Mee Goreng Basah

1. Tumis Perencah 

1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, cili kisar, kicap manis, sos cili, sos tiram
Mulakan dengan menumis cili kisar (letak sikit je kalau tak nak pedas), kemudian masukkan bawang yang telah ditumbuk/dikisar. Seterusnya tambah sos cili & sos tiram.

2. Masukkan Isi Mee

Ayam/Udang/Daging, Fishball/Fishcake.
Ini terpulang pada you nak masukkan apa. Kalau you pilih ayam, pilih bahagian dada ayam dan dipotong kecil untuk lebih sedap. Masak isi sampai dah bertukar warna dan dah mula nampak masak.

3. Masukkan Stok Air Udang

Stok air kepala udang
Bahan ni adalah key ingredient, kalau tanpa ni resepi ni tak berapa nak menjadi. Boleh jadi tapi kurang sikit rasanya. Macam mana nak buat? Kepada udang basuh bersih2, then rebuskan beberapa minit. Kepala udang buang (tapis seeloknya) dan ambil airnya sahaja. Stok air udang lebih ni boleh simpan frozen juga sebagai stock. Air itu digunakan untuk masuk dalam mee goreng basah untuk bagi kuah lebih cair, boleh juga tambah lagi air biasa untuk kurangkan kepekatan sos.

4. Masukkan Mee & Sayur

Pastikan mee dibasuh dahulu, hanya toss pakai air sahaja, tak perlu rendam dengan air panas. Bila dah masukkan mee dalam kuah, boleh dah adjust kepekatan kuah. Boleh tambah stok udang, sos tiram, sos cili lagi ikut citarasa. Biasanya mee goreng basah berkuah yang cair sedikit, jadi Suri suka tambah air bagi dia ada banyak sikit kuah. Tapi jangan cair sangat nanti tak sedap.
Jangan lupa tambah lada putih buat penyedap. Kemudian masukkan sayuran.

SIAP!

Post ini nanti Suri akan update balik time to time, sebab bila Suri masak Suri mesti kena rujuk resipi. Apa-apa pun, resepi ni memang sedap. Suri dah masak beberapa kali dan memang senang nak jadi.

Selamat mencuba masak Mee Goreng Basah

0 comments