Cara Masak Ayam Masak Lemon

 Resepi Ayam Masak LemonMacam mana cara buat Ayam Masak Lemon? Resipi Ayam Masak Lemon ni antara resipi yang sangat mudah untuk disediakan dan tak renyah sangat kerja. Suri dah cuba buat beberapa kali dan rasa dia lebih kurang masam Nasi Ayam Lemon Pak Li. Hehe... Siapa yang suka makan dekat sana boleh cuba resepi ni.

Terdapat 4 bahagian untuk siap masak Ayam Lemon.

Bahan-Bahan Goreng Ayam
1.  Isi ayam
2.  Kicap manis
3.  1 biji telur
4.  Tepung jagung
5.  Tepung gandum
6.  Lada hitam

Bahan-Bahan Kuah Lemon
1.  Jus lemom
2.  Parutan kulit lemon
3.  1 sudu besar cuka
4.  1 sudu besar madu
4.  1 sudu besar tepung jagung
5.  3 ulas bawang putih
6.  Parutan halia


Cara Masak Ayam Masak Lemon

Ringkasan Langkah Penyediaan Ayam:
1. Sediakan ayam / isi ayam hiris nipis
2. Sediakan telur, garam, lada hitam, kicap, tepung jagung dan kacau untuk salutan ayam
3. Perap ayam dalam salutan seketika
4. Sediakan adunan tepung gandum & jagung
5. Salutkan ayam yang diperap dalam adunan tepung
6. Goreng ayam rangup

Ringkasan Langkah Penyediaan Sos Lemon:
1. Parut / hiris nipis kulit lemon (ambil yang tengah sahaja)
2. Perah jus lemon
3. Masukkan kulit lemon, cuka, gula, madu, tepung jagung kedalam jus lemon dan kacau (bancuhan sos)
4. Cincang bawang putih & halia
5. Panaskan minyak & tumis bawang putih & halia sehingga keemasan
6. Tambahkan bancuhan sos yang disediakan
7. Tambah air, garam, gula ikit cita rasa
8. Bila kuah dah pekat boleh masukkan ayam yang digoreng tadi
9. Gaulkan & siap!


Video Tutorial Ayam Masak Lemon


1. Potong Ayam

Pilih bahagian dada ayam, potong kecil, sebab bila goreng lebih ranggup. Boleh je pakai bahagian lain ayam, tapi bahagian dada paling sedap. 

2. Siapkan Perapan 

Garam,  1 Sudu Besar Kicap Manis, Lada Hitam,1 Biji Telur, 1 Sudu Besar Tepung Jagung
Gaulkan semua bahan perapan sekali dengan isi ayam. Lepas dah gaul rata, letak tepi.

3. Sediakan Kuah Lemon

3 Sudu Besar Jus lemon, Kulit Lemon, 1 Sudu Besar Gula, 1 Sudu Besar Cuka, 1 Sudu Besar Madu, 1 Sudu Besar Tepung Jagung2 Ulas Bawang Putih, Halia.
Kupas kulit lemon mengunakan peeler (ambil yang kuning je), lepas tu hiris kulit lemon nipis dan perah jus lemon. Gaulkan jus lemon, kulit lemon, gula, cuka, madu dan tepung jagung sampai sekata.
Lepas tu prepare untuk masak kuah lemon. Tumiskan bawang putih dan parutan halia, lepas tu tambahkan bancuhan kuah lemon tadi dan tambah sedikit air. Tambah garam dan gula, kepekatan kuah tu you guys boleh adjust sendiri.

4. Buat Salutan Tepung Ayam

1/2 Cawan Tepung Gandum, 1/2 Cawan Tepung Jagung
Campurkan tepung gandung dan tepung jangung dalam satu pinggan rata, lepas tu salutkan ayam perapan dengan tepung. Lebih baik salutkan ayam sedikit demi sedikit supaya tak tepung semua disalut sekata dan senang untunk digoreng.

4. Goreng Ayam + Tuang Kuah Lemon

Bila minyak dah panas, boleh goreng ayam sampai garing dan jadi warna keemasan. Tosskan minyak dan bolehlah tuang Sos Kuah Lemon ke atas ayam yang digoreng tadi.

SIAP!

Post ini nanti Suri akan update balik time to time, sebab bila Suri masak mesti kena rujuk resipi. Apa-apa pun, resepi ni memang sedap. Suri dah masak beberapa kali dan memang senang nak jadi.


Selamat mencuba masak Ayam Masak Lemon

0 comments