Website Borong China Online Paling Best!

 cara beli borong dari China

Apa website untuk borong barang dari China? Ada banyak website online jual barang borong China tapi dalam post ni Suri senaraikan yang paling mudah dan selamat. Sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak cuba membeli.

Suri sejenis kalau nak beli barang apa-apa mesti nak cari paling murah. Paling gigih mencari harga paling murah lagi-lagi di Shopee, Suri akan filter kaw-kaw termasuk harga selepas shipping fee dengan cashback. Kalau boleh mesti nak free shipping dah cashback sekali. Hehe... 

Waktu PKP ni Suri lagi obsessed dengan membeli barang-barang deko rumah sebab duduk rumah je. Mata tu sakit je tengok rumah serba tak lengkap. Dah setahun jugaklah Suri shopping sikit-sikit untuk deko-deko rumah ni. Dulu memang banyak cari di Shopee je, tapi bila Suri explore lagi, membeli barang direct dari China lagi murah sebenarnya.

Hasil carian Suri, di bawah adalah antara website membeli barang murah di China paling best! Ada banyak sebenarnya website tapi di bawah ni paling best sebab lebih senang nak membeli dan ramai orang kita beli dari situ sebenarnya.


1. Taobao

Website paling popular untuk membeli barang-barang murah, mesti you all pernah dengar. Taobao adalah lubuk mencari supplier bagi mereka yang menjual di Shopee dan Lazada. Tapi ramai lagi beli untuk keperluan diri sendiri sebab di Taobao boleh beli barang dalam quantity yang sedikit juga. Walaupun you tak boleh faham tulisan cina macam saya, trick dia hanya 'google translate' je. Translation dia nanti jadi ayat bodo tapi pandai-pandai je la faham. 

Tapi...

Harga dia sebenarnya lebih kurang je dengan Shopee dengan Lazada kalau secara asalnya. Tapi... kalau siapa yang pandai selok belok Taoboa ni, boleh untuk sangat-sangat! Sebab tu ramai je orang kita beli dari Taoboa, sebab dah ada ilmu. Suri dah lama simpan hajat nak beli di sini tapi sebab dulu tak tahu macam mana, tapi sekarang dah pandai dah.

Tak susah pun nak membeli sebenarnya, sekarang dah macam-macam cara boleh beli secara jimat di Taobao dan lebih secure.F Bayar pun sekarang pakai online banking je. Macam mana Suri tahu? Suri baca e-book je. Tak perlu susah-susah masuk kelas. E-book ni pun Suri beli online sebab orang recommend. E-book ni simple dan ada video sekali. So senang nak belajar, tips dalam tu pun banyak untuk pastikan pembelian lancar je.


2. 1688.com

Mereka kata ini lubuk borong teramatlah murah, lagi murah 1688 kalau dibandingkan dengan Taoboa. Tapiiiiiii... website ni leceh sikit nak membeli sebab ia focus untuk rakyat China sahaja. Penghantaran yang disediakan untuk alamat di China sahaja.

Tapiiii... masih ramai je orang kita yang membeli di 1688.com. Sebabnya mereka dah tahu trick macam mana. Katanya mereka pakai orang tengah (ejen) dari China untuk uruuskan penghantaran barang ke Malaysia.

Suri belum pernah beli lagi dari website ni tapi tertarik juga nak beli sebenarnya sebab dah tahu cara nak beli. Lebih kurang macam Toabao je.

Kalau you guys nak tahu boleh baca e-book di bawah:

Dalam e-book ni diaorang ajar cara paling selamat nak membeli mengunakan ejen yang dipercayai.


3. Pinduoduo

Website ni baru, tapi ramai je orang kita yang beli dari sini. Suri ada masuk group lubuk suplier untuk membeli barang dari China dan ramai yang recommend Pinduoduo tapi website ni sangat-sangat leceh kalau dibandingkan dengan lain.

Website ni sebenarnya tiada website pun, ada apps je dan apps pun dalam bahasa cina yang membuatkannya susah sangat nak translate ke English. Tapi Suri pelik, mereka ada website untuk promote apps mereka dalam English, tapi apps dia tak boleh pun translate English.

Suri usha-usha je website ni tapi belum rasa nak beli pun dari sini walaupun orang kata murah. Sebab dari kajian Suri sistem pembayaran dan pengeposan dia pun leceh. Suri tak berani beli lagi sebab tak habis study lagi.


Setakat ini je yang Suri boleh kata rata-rata pembeli borong dari China akan recommend. Sebab dalam group telegram yang Suri join pun recommend website-website ini dari website lain. Ada banyak sebenarnya website membeli dari China tapi kalau you baru pertama kali nak cuba atau belum ada pengalaman lagi, mulakan dengan Taobao ataupun 1688.com dulu untuk elakkan kerugian. Sebab nak membeli ni pun perlu ada pengalaman.

Seronok sebenarnya beli barang borong dari China, tapi perlu ada duit je la. Hehe... Barang yang kita nampak jual di Shopee atau Lazada kebanyakkan dari situ je. Harga biasanya seller akan jual 2-3 kali ganda lebih mahal kalau dibandingkan dengan harga yang terus kita borong dari sana. Tapi kos keseluruhan untuk dapatkan barang terus dari China mungkin akan jadi lebih mahal dari beli je dengan seller local. Kenapa? Sebab tak ada ilmu. Kalau you serious nak membeli dari China dan nak jimat banyak, dapatkan ilmu yang betul dulu. Ebook-ebook dekat atas banyak membantu dan ramai bagi testimoni positive.

Okay then, selamat mencuba!

Btw... Kalau you dah pandai membeli barang borong dari China terus, why not terus buat bisnes terus. Di bawah antara e-book yang you boleh dapatkan untuk mulakan.

Good luck membeli borong dari China!

0 comments