Pepper Chicken Chinese Style lebih kurang Blackpepper Chicken je tapi ianya kering dan tak berkuah hitam. Pepper Chicken cara China sedap boleh dimakan dengan miso/seaweed soup dan dimakan panas-panas memang layan. Resepi asal Suri rujuk dari orang luar negara, tapi sebab ada gunakan wine, Suri olah sikit. Tapi rasanya dia tetap sedap dan sangatlah mudah untuk dibuat. Ini cara buat ayam pepper style china.
Terdapat 2 bahagian untuk siap masak Pepper Chicken Cara ChinaBahan-Bahan Ayam
1. Isi Ayam
2. Kicap Cair / Soy Sauce
3. Bawang Putih
4. Black Peppercorns / Mixed Peppercorns (Ditumbuk)
1. Isi Ayam
2. Kicap Cair / Soy Sauce
3. Bawang Putih
4. Black Peppercorns / Mixed Peppercorns (Ditumbuk)
5. Tepung Jagung
Bahan-Bahan Lain
1. Sos Tiram
2. Dark Soy Sauce
3. Bawang Hollad
4. Capsicum
1. Sos Tiram
2. Dark Soy Sauce
3. Bawang Hollad
4. Capsicum
Cara Masak Pepper Chicken China
Ringkasan Langkah Penyediaan Ayam:
1. Sediakan ayam, potong kecil (bites size)
2. Tambah sedikit kicap cair
3. Tambahkan minced bawang putih halus
4. Tambahkan lada hitam / mixed pepper yang telah ditumbuk (lagi sedap kalau disangai)
5. Garam ikut rasa
6. Gaulkan
1. Sediakan ayam, potong kecil (bites size)
2. Tambah sedikit kicap cair
3. Tambahkan minced bawang putih halus
4. Tambahkan lada hitam / mixed pepper yang telah ditumbuk (lagi sedap kalau disangai)
5. Garam ikut rasa
6. Gaulkan
7. Perap 30 minit
8. Salutkan ayam dengan tepung jagung (nipis)
9. Goreng
Ringkasan Langkah Penyediaan Masakkan Ayam Pepper:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang holland
3. Tambah capsicum
4. Tambah ayam
3. Tambah capsicum
4. Tambah ayam
5. 1 sudu sos tiram
6. 1 sudu dark soy sauce
7. Tambah blackpepper / mixed peppercorn
8. Siap!
7. Tambah blackpepper / mixed peppercorn
8. Siap!
Video Tutorial Pepper Chicken
1. Sediakan Ayam
Boleh pilih nak guna dada atau peha ayam tapi pastikan potong size kecil. Bite size yang terus masuk mulut. Suri suka campurkan kedua-dua jenis bahagian dan potong kecil, sebab nanti jadi lagi rangup.
2. Sediakan Perapan Ayam
Kicap cair, bawang putih, peppercorns, garam
Tambahkan kicap cair, dan bawang putih yang telah grate halus. Boleh letak sebiji je, tapi Suri suka letak banyak bawang putih, sebab bila goreng akan terasa bawang putih dia dan ikut cita rasa keluarga Suri, memang semua suka rasa bawang putih tu. Kalau ikut resepi asal hanya perlu satu je bawang putih. Kemudian tambahkan peppercorns, blackpepper atau mixed. Seelokya singgang atas dapur sekejap dan tumbuk, rasa dia akan lebih sedap tapi Suri selalunya malas. Jadi sekadar tumbuk (chop pakai food blender) je. Jangan pakai yang serbuk terus, sebab nanti texture dia hilang, kurang sikit rasa hasilnya nanti. Gaulkan semua bahan dengan ayam dan tambah garam sedikit kalau nak. Perap dalam 30 minit.
3. Goreng Ayam
Ayam Perapan, Tepung Jagung
Salut ayam perapan tadi dengan tepung jagung. Tak perlu tebal, buat nipis sahaja. Salut dan dust-off terus masuk kuali. Kerja ni renyah sikit sebab kena buat satu-satu. Kalau Suri rajin, Suri buat satu-satu. Kalau tak rajin, terus tuang je semua ayam dalam mangkuk tepung jagung, lepas tu dust off sikit-sikit sebelum masuk kuali. Goreng ayam sampai warna kuning keemasan dan angkat. Bau dia akan terus menusuk lagi-lagi kalau guna bawang putih banyak. Makan macam tu je dah sedap sangat!
4. Buat Salutan Pepper
Bawang Holland, Capsicum, Sos Tiram, Dark Soy Sauce, Pepper
Kalau masih ada lagi ayam goreng tadi boleh teruskan masak. HAHA... Mulakan dengan panaskan kuali dan minyak dan tumis bawang holland. Dah naik bau masukkan capcisum pula dan ayam goreng tadi. Tambah sos tiram, dark soy sause dan juga peppercorns yang ditumbuk tadi. Ikutlah nak letak banyak mana ikut tahap kepedasan you all nak. Gaulkan sampai semua ayam dah disalut.
SIAP!
Post ini nanti Suri akan update balik time to time, sebab bila Suri masak mesti kena rujuk resepi. Apa-apa pun, resepi ni memang sedap. Suri dah masak beberapa kali dan memang senang nak jadi.
Selamat mencuba masak Pepper Chicken China atau Ayam Pepper Cara China ni okay!
0 comments