Apa kebaikan dan manfaat Lavender Essential Oil? Macam mana nak guna Lavender Essentail Oil? Lavender Essential Oil terdapat di dalam banyak jenis produk termasuk jugak skincare yang selalunya menjadi bahan untuk fragrance. Memang boleh dikatakan Lavender Essential Oil adalah pati minyak yang wangi tapi ia mempunyai macam-macam kebaikan. Teruskan membaca untuk penerangan ringkas.
Segala maklumat diambil dan dirujuk dari sharing group YL ataupun carian online. Mungkin ada maklumat yang tidak tepat kerana sumber maklumat tidak datang dari pihak YL sendiri. Maklumat yang diambil adalah penerangan yang sering dikongsikan oleh pengguna-pengguna YL yang sudah lama dan berpengalaman.
Kebaikan Minyak Pati Lavender
Sumber: youngliving.com
- Menggalakkan rasa tenang dan melawan ketegangan dan gemuruh yang kadang-kala berlaku
- Mempunyai unsur imbangan yang menenangkan minda dan badan
- Membersih dan melegakan iritasi kecil pada kulit
- Boleh melegakan kulit selepas seharian berjemur di bawah matahari
- Mengurangkan kecacatan pada kulit
- Menyokong kulit yang mengalami penuaan
- Mengandungi unsur linalyl acetate, linalool, dan ocimene yang hadir secara semula jadi
Cara Mengunakan Lavender Essentail Oil
Diffuse, Topical (Sapu), Inhale
Manfaat Lain Lavender Essential Oil
Diffuse single atau blend
2. Jerawat/Jeragat
Sapu dilute / undiluted
3. Membantu pembekuan darah dari luka kecil
Sapu dilute / undiluted
4. Gigitan serangga
Sapu dilute / undiluted
5. Anxiety & depression
6. Sakit mata
7. Emotional Usage
Penggunaan Gabungan EO Lavender
3 drops Lavender, Peppermint
2 drops Spearmint
Cara guna: Diffuse
2. Hair Serum
20 drops Lavender, Cedarwood, Rosemary
15ml v6
Cara guna: Pakai setiap kali lepas mandi, amalkan as daily minyak rambut
3. Buasir (Kurangkan / Legakan)
1 drop Lavender, Peppermint, Geranium, Frankincense
2 tbsp carrier oil
Cara guna: Campur semua dalam 1 botol kaca. Sapu terus ke bahagain buasir. Amalkan sapu sampai baik
4. Reduce Blood Pressure
Lavender
Lemon
Ylang-ylang
Cara guna: Inhale, Diffuse, Sapu (wrist, inner arm)
Pengalaman menggunakan EO Lavender Young Living
Essential Oil pertama yang Suri cuba adalah Lavender, sebab adik Suri kata dia diffuse lavender wangi sangat dan senang sangat nak tidur. Antara sebab utama kenapa Suri beli Young Living pun sebab nak wangi-wangi. Jadi oil pertama yang Suri diffuse bila dapat PSK adalah Lavender dan bau wanginya tenang sangat-sangat.
Suri pernah cuba EO Lavender jenama lain sebelum membeli Young Living tapi bau dia tak boleh masuk dengan Suri, buat Suri sakit kepala. Itu yang menyebabkan Suri takut-takut juga nak beli & pakai EO Lavender Young Living. Tapi sebeb adik kata bau dia wangi dan pure, Suri cuba juga dan terus suka.
Sampai sekarang EO Lavender masih menjadi pilihan hati, hampir tiap-tiap bulan akan topup EO Lavender sebab hampir tiap-tiap malam Suri diffuse lavender. Suri memang senang tidur kalau diffuse Lavender dan suami dan anak pun suka bau dia, terutama bila dalam bilik berhawa dingin.
Setakat ini Suri belum pernah cuba lagi guna EO lavender selain daripada diffuse sahaja.
Tujuan Suri buat post ini adalah untuk rujukan diri sendiri untuk senang nak refer. Suri masih baru dalam belajar minyak ni dan kebanyakkan sharing penting yang Suri dapat adalah daripada sharing group whatsapp group AmmaraOilers. Siapa yang nak belajar minyak-minyak YL juga, Suri suggest join group ni. Banyak sangat info yang mereka kongsikan. Apa yang Suri kongsi hanya sedikit sahaja daripada perkongsian mereka.
Ini sahaja info yang Suri ada untuk kebaikkan mengunakan Lavender Oil, insyallah kalau Suri dapat lebih info dan ada masa, Suri akan update balik post ni.
0 comments