Bagus ke Young Living ni? Bukan Young Living penipu ke? Motif pakai Young Living? Pemilihan nak pakai Young Living bergantung pada diri masing-masing dan keberkesanan Young Living bergantung pada pemikiran you sendiri sebenarnya. Teruskan membaca di bawah untuk pengalaman saya mengunnakan Young Living.
Sejujurnya, saya tak percaya pun Young Living ni bagus pada awalnya. Ramai beritahu yang Young Living dapat membantu itu dan ini, kalah ubat-ubatan. Hmmm... Tapi walaupun tak percaya, saya masih berminat dengan Young Living hanya satu sebab je. Sebab saya suka enviroment yang wangi. Tapi alasan itu tak cukup kukuh pun nak beli sebab mahal, jadi saya pilih option yang lebih mudah.
Pengalaman Mengunakan Essential Oils Murah
Kenapa saya memilih nak pakai Young Living daripada jenama-jenama essential oils yang lain? Bendanya sama je tapi harga Young Living lebih mahal. Tak rasa rugi ke duit?
Betul, saya pun rasa macam tu dulu sebenarnya. Sebab tu saya perhati je Young Living ni bertahun-tahun. Sebabnya mahal sangat, saya tak rasa saya mampu nak habiskan duit sebanyak itu untuk perkara yang bukan keperluan.
Tapi sebab teringin sangat, saya cari option yang lebih murah di Shopee. Diffuser pertama saya beli dalam RM70+ sahaja. Dapat yang besar punya lagi, asap berkepuk-kepuk juga. Mula-mula pakai memang rasa bestlah. Rasa puas hati gila, sebab rasa berbaloi gila beli, jimat dan bilik pun wangi je.
Sehinggalah beberapa bulan (dekat setahun), I dah mula malas nak maintain diffuser itu sebab kerja renyah. Nak isi air kena terbalikkan tangki dan isi, lepas tu kena bersihkan lagi hampir tiap-tiap hari kalau tidak bau busuk. Essentials oils yang I beli pun lama-lama bau dia busuk, bau dia macam dah tak ngam dah dengan hidung dan suami pun dah malas nak tolong-tolong cuci diffuser. Dulu pasang diffuser hari-hari, tapi lepas beberapa bulan diffuser tu pun terbengkalai sebab kami dua-dua malas nak pasang.
Bila pakai pun bilik bau wangi sekejap je, lepas tu macam tak ada apa-apa effect. Dapat tidur lena pun masa awal-awal pakai je, dalam sebulan lebih pakai dah tak ada apa-apa effect. Even tukar beli essential oils bau yang lain pun tak berapa kena dah. Lagipun hidung saya sensitive, saya tak boleh nak bau pelik-pelik sangat. Beli bau lavender, bau dia pening. I pakai sekali je lepas tu tak boleh pakai dah.
Pengalaman Mengunakan Young Living
Saya selalu nampak kawan-kawan post tentang Young Living di social media dan ramai juga yang suka kongsi kebaikan mengunakan essential oils Young Living. Tapi pada saya dulu semua tu mesti tipu je lah, takkanlah essential oils boleh buat semua tu. Sebab tu dulu saya puas hati dah beli diffuser dan essential oils murah di Shopee, sebab rasa jimat sangat dah. Dapat benda yang sama je.
TAPI...
Selepas setahun lebih pakai diffuser dan essential oils murah saya beli juga Young Living akhirnya.
Kenapa saya pilih nak pakai Young Living? Punyalah lama nampak orang lain share tentang kebaikan Young Living, saya nak cuba nak tengok betul ke tak.
Saya memang ada sejenis perangai kalau apa saya nak saya akan usahakan juga sampai dapat dan Young Living ni dah memang saya teringin dari dulu, tapi sebab harga mahal je saya ketepikan sebab risau tak berbaloi. Tapi sejak tahun lepas saya dalam proses untuk menyembuhkan mental health dan saya baca Young Living dapat membantu untuk kita mengawal emosi. Sejujurnya pada mulanya saya rasa mengarut sangat kenyataan tu, takkanlah sekadar minyak boleh buat macam tu kan?
Tapi saya beli juga, sebab masa tu saya dah rindu bilik nak bau wangi-wangi. Beli lilin wangi atau spray wangi tak berkesan mana pun, bilik wangi beberapa minit je. Kebetulan waktu itu saya ada rezeki lebih, saya pejam sebelah mata je untuk beli set Premium Starter Kit (PSK). Saya beli PSK bukan untuk menjual pun sebab beli PSK dapat 'FREE MEMBERSHIP' tapi tujuan saya beli hanya untuk oils yang banyak-banyak tu. Sebabnya kalau nak beli satu-satu jauh lebih mahal dan saya cuma nak bau EO mana yang diffuse paling wangi dan sedap untuk saya dan keluarga terima.
Setiap orang punya penerimaan terhadap bau-bauan adalah lain, saya dan suami juga lain-lain jadi saya perlukan lebih option untuk pilih bau sebab tu saya beli sahaja terus PSK sebab dapat 12 EO dalam set Dewdrop PSK. Jadi saya dah jimat di situ, yang buat lagi best, masa saya sign up, YL ada buat promotion akan dapat diffuser baru limited edition dalam masa 7 bulan. Diffuser dia memang cantik, warna hitam, nama dia Teracotta diffuser dan tak ada jual pun dekat YL Malaysia. Saya diberitahu yang ramai member-member lama YL teringin sangat nak diffuser ni. Tapi pada masa tu saya tak heran sangat. Yelah, sebab saya tak tahu sangat pasal YL dulu.
Tapi sekarang dah masuk bulan ke-5 saya join YL, dan sejujurnya saya dah berubah hati dan nak sangat diffuser teracotta YL. Kenapa? Sebab pengalaman saya mengunakkan Young Living selama 5 bulan membuatkan saya rasa perlu lagi diffuser di rumah saya. Kali ni nak letak dekat ruang tamu dan terbayang dah letak Tercaotta di situ. Hehe... Tapi bukan sebagai perhiasan je tapi untuk dapatkan benefit satu keluarga.
Apa Kebaikan Young Living?
Mengunakan Young Living banyak sangat kebaikan sebenarnya, tapi di bawah saya kosngsikan pendapat saya sahaja.
1. Bau Wangi
Wangi dah semestinya, memang tujuan utama beli YL dulu sebab nak wangi-wangi. Dan memang wangi pun, lagi-lagi EO yang kena dengan hidung saya. Suami yang dulu pertikai kenapa perlu beli benda mahal untuk sekadar wangi je pun dah pandai request nak EO apa untuk diffuse tau.
Tapiiii... tak semua EO wangi tau. Ada EO yang bau dia busuk. EO yang busuk tu ada function lain tapi itu nanti saya cerita.
2. Menyembuh Emosi
'Spiritual healing' pada mulanya saya tak percaya, tapi lepas beberapa bulan baru saya sedar kesan dia pada diri dan keluarga. Essential Oils daripada Young Living dikatakan adalah theraputic dan setiap EO mempunyai kebaikan dia masing-masing.
Ramai kata Young Living akan membantu memberikan positive energy pada diri dan itu yang saya tak sedar memang betul terjadi pada saya. Sebagai full-time housewife, saya jarang keluar rumah, lagi-lagi bila pandemic ni berlaku, memang susah sangat saya nak keluar rumah. Walaupun saya suka je duduk rumah sebenarnya tapi kadang-kadang tu senang depressed dan beremosi sebab badan letih dan masa banyak habis buat kerja rumah. Rasa diri tak ada improvement, tak ada pencapaian. Belajar tinggi-tinggi tapi saya tak ada punca pendapatan sendiri yang tetap. Sedangkan dulu sebelum kahwin, tak pernah saya tak ada gaji. Zaman belajar saya dah cari duit dan sebelum degree lagi saya dah mula kerja. Eventhough lompat kerja, saya mesti pastikan tak ada satu bulan yang skip, mesti kena terus masuk kerja.
Bila dah ada anak saya resign sebab nak focus dekat anak, dan pada masa yang sama bagi suami bloom dalam kerjaya dia. Sebab banyak kali gaduh dengan jadual kerja tak balance, saya kerja di KL, suami kerja merata, anak tinggal dengan mak di kampung. Setiap hujung minggu balik jumpa anak, dalam setengah tahun je saya boleh tahan, lepas tu saya serah diri. Rasa bersalah pada anak dan juga mak, sebab tu saya resign dan cuba kerja dari rumah.
Dah hampir 5 tahun, Alhamdulillah ada je rezeki saya walaupun duduk rumah. Macam-macam saya buat tapi senang sangat depressed. Ya Allah... walaupun saya solat, mengaji, dan berselawat pun, kadang-kadang ada masa memang tak boleh nak buat apa, selalunya bila period. Waktu itu saya senang marah, nangis, emosi, semua ada. Benda ni berlarutan dan akan berlaku tiap-taip bulan.
TAPI...
Sejak saya jadi pengguna YL, secara tak sedar, yang saya seronok diffuse bau wangi-wangi tu, emosi saya pun terkawal. Saya kurang marah, lebih bersemangat dan positive. Hasil daripada itu saya lebih produktif di rumah dan perancangan improvement diri yang asyik tergendala akhirnya saya buat. Dulu saya asyik beri alasan letih, tak ada mood, stress tapi sekarang alasan tu dah kurang. Adalah sehari dua saya rasa macam tu tapi saya tak depressed yang teruk macam dulu.
Kalau dulu, saya asyik tengok diri saya negative je, dah tak cantik macam dulu, berat badan dah naik, rupa pun selekeh je. Tapi sejak pakai YL sikit-sikit saya ubah negative thoughts tu, saya belum lagi cakap saya cantik sebab diri masih tak capai target rupa macam anak dara dulu. Haha... Tapi sekarang usaha untuk cantik tu dah ada. Saya dah mula bersenam balik, dah mula hias-hias diri, penampilan pun dah mula jaga, even dekat rumah pun rambut siap blow untuk diri sendiri tengok kemas.
Apa kena Essential Oils dengan semua tu?
A positive mind will bloom you. Essential oils membantu memberikan tenaga positive dan tenaga itulah yang digunakan mendorong determinasi untuk ubah diri jadi lebih baik. Tapi sudah tentu ia ambil masa, setiap orang lain.
3. Members Reward
Sejujurnya saya tak kisah sangat pasal members reward ni, tapi lama-lama jadi kisah sendiri sebab makin banyak pulak gift dapat. Selepas saya beli set PSK, bulan lagi satunya, saya beli lagi promotion YL yang dinamakan Essential Rewards (ER). Tiap-tiap bulan promo dia lain-lain tapi bulan itu, promo dia owl diffuser dan limited edition owl bag. Rancangan saya dari awal memang saya nak beli owl diffuser untuk diri sendiri dan bagi my mum dewdrop diffuser sebab mak asyik cakap dia susah nak tidur lena. My sister pun pakai YL dah beberapa bulan dah, tapi dia tak ada membership. Dia dah guna YL lebih lama dari saya dan dia dengan suami dia memang peminat YL, jadinya bila saya share ada limited edition owl bag tu, dia pun nak. Jadi saya kongsi beli set ER with my sister sebab dia nakkan beg, saya nakkan diffuser.
Bulan seterusnya, saya rasa nak toup EO's, sebab ada a few EO's yang tak ada dalam PSK. My sister pun ada order EO juga, dan akhirnya saya dapat buat Essential Rewards.
Apa Essential Rewards Young Living ni sebenarnya?
The next month lagi, mertua my sister order banyak oils dari saya jadi saya dapat lagi maintain ER dan sebabkan saya beli awal bulan, saya dapat lagi free oil. Setakat ni Alhamdulillah belum putus lagi buat ER, dah nak masuk bulan ke-6 dah jadi lagi sikit lagi untuk saya dapatkan diffuser Teracotta tu. Tak sabar rasanya.
Setakat ni, saya dah dapat 3 free oils dan saya masih ada reward points yang saya simpan untuk claim lagi beberapa free oils nanti. Seronok pulak rasa tapi ini saya baru cerita sikit, ada banyak lagi benefit jadi member YL ni sebenarnya.
4. Permulaan Bisnes
Macam saya mention di atas, saya beli YL bukan untuk bisnes tapi dah beberapa bulan berlalu, saya rasa macam nak mulakan sahaja bisnes YL ni sebab saya dah rasa keuntungan sikit. Bukan sahaja dari segi kewangan tapi benefit untuk dapatkan lagi banyak free products daripada YL yang memang saya pakai pun. Dari situ saya dah jimat sebenarnya.
Bila study bisnes plan YL ni memang sangat menguntungkan pun, dan team YL yang saya join ni pun rancak berbisnes. Buat saya jadi semangat juga nak buat, lagi-lagi bila kawan-kawan dah mula tanya tentang YL dekat saya, lagilah rasa seronok.
5. Support Group
Okay, support group ni hanya untuk mereka yang ada membership under YL sahaja dan cara nak dapatkan membership adalah dengan membeli PSK. Pada mulanya saya tak keen sangat pun nak join support group sebab saya tak function pun dalam group dan saya tak rancang pun nak buat bisnes YL.
Rupanya support group bukan hanya untuk bisnes YL sahaja, tapi untuk share ilmu. Banyak ilmu yang dikongsikan dalam support group tentang produk YL, promosi YL dan paling best hampir tiap tiap hari ada sharing session untuk setiap ahli grow dengan YL.
Sebab itu support group ni penting dan befungsi, walaupun bukan sebab untuk berbisnes dengan YL.
TAPI...
Support group ada banyak tau, dan support group yang you nak masuk adalah support group yang bukan hanya focus untuk jual YL sahaja, tapi dapat support secara keseluruhan dan memotivasikan diri juga. Lagi-lagi bila awal-awal sertai YL, mesti you nak tahu lebih lanjut tentang produk kan? Support group yang bagus akan ada sharing produk terpilih tiap-tiap hari sampai kita boleh ingat dengan sendiri. Tapi kena rajin baca jelah.
Saya syukur sangat yang saya masuk dalam group yang betul, sebab saya ada baca pengalaman orang lain di group facebook yang tak dapat support group yang baik, jadi segala maklumat produk susah nak dapat. Lagi kesian pada mereka yang beli membership untuk buat bisnes. Jadi kalau you ada perancangan nak beli PSK pastikan you beli dengan member yang ada support group yang bagus.
Okaylah, ini jelah sharings saya kali ni. Nak tulis post satu ni pun makan berhari-hari. Hehe...
Insyallah saya akan share lagi banyak info tentang YL dalam blog ni.
Harap dengan pengalaman saya mengunakkan Young Living dapat membantu you.
0 comments