Cara Buat Makaroni Bakar Cheese Sos Putih | Mudah & Berlemak Krim

Makaroni Bakar Cheese Sos Putih

Makaroni Bakar Cheese ini lebih kurang resepi makaroni bakar viral yang mengunakan sos putih dan sos balgonese sekali. Nak masak makaroni bakar cheezy ni mudah, berlemak krim dan sangat sedap. Anak dan suami Suri makan bertambah-tambah. Penyediaan dia tak terlalu susah dan yang buat untuk pertama kali pun mesti senang nak jadi. Teruskan membaca untuk cara membuat Makaroni Bakar Cheese.

Terdapat 3 bahagian untuk siap masak Makaroni Bakar Cheese

Bahan-Bahan Kuah Balgonese
1. Setengah pek Makaroni / Pasta
2. 1 tin instant pasta sos (Prego Balgonese / yang sama)
3. 2 Biji Bawang Holland (Potong Dadu)
4. Daging / Ayam Kisar (Ramli 1 Pek)
5. Black pepper
 

Bahan-Bahan Kuah Carbonara
1.  1/4 Butter
2.  1 Cawan Tepung Gandum
3.  500ml susu
4.  1 tin carbonara sos (Prego Carbonara / yang sama)
5.  4 Keping Chedar Cheese Slice

Bahan-Bahan Lain
1.  Mozarella Cheese
2. Parsley Leaves


Cara Masak Makaroni Bakar Cheese

Ringkasan Langkah Penyediaan Kuah Balgonese:
1. Rebus macaroni / pasta kemudian tosskan
2. Panaskan minyak
3. Masukkan bawang holland dan tumis sehingga keemasan
4. Masukkan dagging atau ayam kisar sehingga tukar warna
5. Masukkan sos balgonese
6. Tambah sikit air rebusan makaroni tadi
7. Masukkan macaroni 
8. Gaul makaroni dan kuah sampai sekata
9. Siap, boleh pindahkan makaroni ke bekas pembakar

Ringkasan Langkah Penyediaan Kuah Carbonara:
1. Cairkan butter
2. Tambah 1 cawan tepung
3. Gaul sampai jadi ketulan lebih kurang macam doh
4. Masukkan 500ml air dan gaul sebati
5. Tuang susu 500ml dan gaul sebati
6. Masukkan sos carbonara instant
7. Tambah cheese slice

Ringkasan Langkah Membakar:
1. Masukkan sos balgonese ke bekas bakar
2. Masukkan sos carbonara pula
3. Tambah keju mozarella di atas
4. Tambah daun parsley kalau nak
5. Pre-heat oven 180°C
6. Bakar Makaroni dalam 20-30 minit (bergantung)
7. Bila crust atas dah bertukar jadi coklat keperangan tandanya dah siap!


Video Tutorial Makaroni Bakar Cheese



1. Rebus Makaroni 
Makaroni / Pasta
Rebus setengah pek makaroni / pasta. Jangan rebus lebih dari setengah sebab takut nanti kuih putih tak cukup nak cover semua. Rebus makaroni letak garam sikit dan bila angkat makaroni yang telah direbus, terus gaulkan dengan Olive oil sikit supaya makaroni tak melekat. Nak jimat masa, rebus makaroni sekali masa tengah buat Sos Balgonese.

2. Masak Sos Balgonese 
Instant Balgonese Sos, Bawang Holland, Daging/Ayam Kisar, Blackpepper
Sementara makaroni tengah rebus, boleh je terus buat sos balgonese yang akan digunakan sebagai base untuk hidangan ini nanti. Mulakan dengan menumis bawang holland sehinggan keemasan. Masukan pula daging/ ayam kisar. Boleh pilih nak pakai yang segar ataupun yang frozen punya. Kalau frozen, boleh pilih ramli punya, pakai satu pek terus. 
Bila daging/ayam dah bertukar warna, masukkan sos balgonese pula. Kalau Makaroni dah masak boleh terus masukkan Makaroni dengan sedikit air rebusannya. (Kalau diikutkan Makaroni akan masak on time, tapi kalau makaroni tak masak lagi boleh masukkan makaroni paling akhir sekali) Kemudian tambahkan perasa, garam, black pepper, maggi cukup rasa. Terpulang pada you alls, nak tambah cili pun boleh. Ini ikut cita rasa you guys. Akhir sekali, pastikan makaroni dan sos digaul sekata.

3. Masukkan Base Dalam Bekas Bakar 
Sos Balgonese yang telah dimasak dengan Makaroni rebus
Boleh buat step ni lepas buat sos carbonara tapi Suri suka clearkan dapur, jadi Suri akan masukkan terus base makaroni ke dalam bekas bakar siap-siap. You all boleh pilih nak letak dalam mangkuk kaca atau bekas aluminium ataupun tray. Makaroni Bakar ni boleh juga difrozen, jadi kalau nak buat stok makan sikit-sikit boleh pilih letak dalam bekas aluminium kecil. Jadi bila nak makan boleh masukkan dalam microwave je. Dapatlah feeling-feeling macam beli tapau dekat restaurant. Hehe... Nak masukkan Makaroni, tak perlu satu mangkuk, isi separuh je sebab nanti nak letak sos putih yang banyak.


4. Masak Sos Carbonara 
Butter, Tepung,Air, Susu, Sos Carbonara Instant, Cheese Slice
Masukkan 1/4 butter dalam periuk yang apinya perlahan. Bila butter dah cair, masukkan 1 cawan tepung seikit-sikit dan gaulkan sampai dia jadi ketulan lembut macam doh sikit. Pastikan semua sekata dan masukkan 500ml air, gaulkan sampai semua ketulan tepung tadi hilang. Kemudian tambahkan susu 500ml dan gaulkan lagi. Kemudian masukkan sos carbonara instant dan gaulkan sampai sekata. Tambahkan cheese slice 4 keping dan gaulkan lagi sampai sos pekat sikit tapi still runny. Boleh juga tambah cendawan butang atau apa-apa jenis sayur yang sesuai kalau you nak dalam sos carbonara ni.


5. Campurkan Sos Carbonara dengan Base 
Dah siap masak sos carbonara boleh terus masukkan dalam bekas bakar. Tuang terus atas Makaroni tadi dan lebihkan lagi sos putih kalau nak lebih lemak dan sedap.


6. Siapkan Makaroni untuk Dibakar 
Mozarella, Daun Parsley
Tambahkan keju mozarella di atas makaroni tadi dan juga daun parsley kalau nak cantikkan sikit hidangan ni. Kalau tak nak pun tak apa. Pastikan oven dah pre-heat 180°C dulu, Suri gunakan pemanas atas bawah supaya cheese dengan atas tak hangit. Bakar dalam oven dalam 20-30 minit, bergantung pada oven masing-masing. Bila dah nampak warna cheese mozarella dekat atas dah bertukar warna keemasan itu tandanya dah...

SIAP!

Post ini nanti Suri akan update balik time to time, sebab bila Suri masak mesti kena rujuk resepi. Resepi dalam katagori 'Cara Masak/ Cara Buat' dalam blog Suri adalah resepi yang general, di mana Suri tunjukkan langkah asas sahaja supaya you alls ada idea macam mana nak buat. You all boleh olah resepi ikut cita rasa masing-masing sebab Suri masak pun agak-agak sahaja, tak terlalu ikut sukatan yang betul.

Selamat mencuba masak Makaroni Bakar Cheese

0 comments