Cara TV Biasa Tukar Jadi Smart TV Paling Murah & Mudah

Cara TV Biasa Tukar Jadi Smart TV

TV biasa tukar jadi Smart TV di Malaysia macam mana? Cara mengubah TV biasa ke Smart TV yang murah gunakan alat untuk jadikan Smart TV. Mudah dan boleh buat sendiri, tak perlu nak pening-pening install macam-macam ataupun serabut dengan wire banyak, sebab cara ini paling senang dan paling murah! Tapi... cara ini hanya sesuai untuk mereka yang tak heavy use ok. Sekadar untuk tengok Netflix atau Youtube okaylah.


Cara Tukar TV Biasa ke Smart TV

Cara ini bedasarkan pengalaman Suri. Sejak mula kes-kes covid naik 4 angka dulu, Suri hanya duduk di rumah sahaja sebab risau ada anak kecik. Tapi bila lama sangat di rumah rasa kesian pula anak tak ada entertainment, takkan nak bagi phone je sepanjang masa. TV yang ada di rumah satu je, itu pun dalam bilik sebab dulu banyak luangkan masa dalam bilik. Ini bila anak dah besar sikit, rasa sempit pulak dah duduk dalam bilik jadi Suri mula ubah ruang tamu. 

Yang jadi masalah di ruang tamu adalah hanya ada TV biasa lama yang dah tak mampu nak baca antena pun, dah banyak kali cuba, siaran tetap tak ada, tapi TV tu masih elok lagi bila display. Bermacam-macam digital antena beli, siap ada box MYTV lagi tapi tak boleh juga. Lama-lama Suri fed up dah, jadi Suri cari cara nak tukarkan TV biasa tu jadi Smart TV tapi dalam bajet yang murah.

Suri tahu nak tukarkan TV biasa kepada Smart TV perlukan android box harga dia dalam RM250+ ke atas. Banyak juga tu pada Suri jadi Suri cuba cari option paling murah dan berkualiti yang ramai dah pakai di Malaysia, akhirnya Suri jumpa! Suri pilih untuk beli Xiaomi TV Stick Mi TV Stick.


Review Xiaomi TV Stick Mi TV Stick


Harga: RM130 - RM180 (Bergantung pada kedai)
Beli: shopee.com
Connectivity: Wifi / Hotspot
Konsep: Plug & play (Perlu sentiasa plug untuk guna)


Mi Stick ini dah ramai dah pakai di Malaysia dan anatra option paling murah untuk tukarkan TV biasa ke Smart TV. Mi Stick ni kecik je dan compatible dengan mana-mana TV yang ada HDMI port. Kalau dari segi specs dia memang tak power mana kalau dibandingkan dengan TV box tapi kalau you sekadar nak install apps untuk binge watch sahaja, Mi Stick ni dah okay sangat dah.

Suri beli Mi Stick ni pun sebab nak install Netflix dan Youtube Kids sahaja supaya anak boleh tengok TV di ruang tamu. Rumah Suri pula tiada wifi jadi bergantung pada hotspot data sahaja dan Mi Stick boleh jalan dengan hotspot. Ada setengah Android box tak boleh connect dengan hotspot dan perlukan wifi connectivity yang kuat. 

Dah hampir 6 bulan Suri pakai Mi Stick pada TV dan so far okay je. Ada lag juga kadang-kadang dan kena selalu refresh. Apps tak boleh buka banyak-banyak pada satu masa nanti dia stuck. Seeloknya hanya install apps yang betul-betul nak guna sahaja. Jangan banyak-banyak sangat dan jangan install game, lagi lag jadinya. Sejak ada Mi Stick ni, TV di ruang tamu akan dibuka hampir sepanjang hari dan Suri tak pernah ada masalah dia terpadam sendiri pun. So okay je Mi Stick ni pakai lama-lama.

Yang paling best tentang Mi Stick ni adalah sebab dia plug & play. Jadi kalau you nak balik kampung, bawa je Mi Stick ni dan you dapat Smart TV dekat kampung. Tak perlu install apa-apa dah, sebab segala setting yang awal tersimpan dalam Mi Stick, bukan pada TV. Jadi let's say nanti you nak upgrade TV baru, cuma pasang Mi Stick ni je, then dapat balik surface TV lama you. 

Sebenarnya TV di ruang tamu Suri tu memang perlu tukar dah, sebab screen dia dah bubble dan dah mula koyak. TV lama ayah Suri dah 10 tahun lebih, sejak Suri sekolah lagi, tapi sayang nak buang. Tapi sekarang dah parah sangat rupa, ingat nak beli Smart TV terus tapi bila fikir balik, baik Suri beli TV biasa je. Dengan harga Smart TV, Suri boleh dapat TV biasa yang screen lebih besar dan screen lebih cantik. Rasanya lebih untung beli TV biasa je, sebabnya kalau Mi Stick ni rosak pun, Suri boleh upgrade lain. Ingat nak cuba Google punya pula. Konsep dia sama je.

Tips beli Mi Stick: Terdapat ramai seller yang jual Mi Stick online, terutama di Shopee. Suri pun beli Mi Stick di Shopee juga dan Suri survey lama gila sebelum beli sebab Suri nak pastikan yang Suri beli yang original, stick yang compatible, dari responsible seller dan sudah tentu harga paling murah. Akhirnya Suri jumpa, seller ini dari Shopee Mall. Seller in jual Global version dan ratings pada masa itu tak banyak sangat, tapi yang ada semua bagi feedback boleh pasang dan harga dia pun antara yang murah siap ada free shipping dan cashback lagi. Suri juga redeem 2100 shopee coins juga untuk pembelian Mi Stick ni, jadi memang Suri dapat beli murah la. Tapi tanpa coins pun, memang seller ni trusted dan yang termurah Suri jumpa.

Jadi itulah cara untuk tukarkan TV Biasa jadi Smart TV. Budget dalam RM150 tapi kalau tak ada account Netflix kena tambah lagi la budget untuk subscribe. Suri dan suami memang kaki binge watch jadi Suri melanggan hampir semua yang ada di  Malaysia, IQIYIQI, VIU dan juga Disney+ Hotstar. Sejak langgan Disney+ Hotstar dapat mengimbau balik zaman remaja dengan tengok kartun-kartun lama Disney, tapi selection Hotstar tak banyak sangat. Jadi Suri cari cara macam mana nak install Disney+ USA. 

Suri menyesal tak cari bagaimana nak buat lebih awal lagi sebab rupanya mudah dan murah je.

Nanti Suri post dalam post akan datang. Harap post yang ini bermanfaat dan dapat tukarkan TV lama ke Smart TV dengan mudah.

0 comments