Macam Mana Nak Guna Young Living | YLEO 101

Cara Guna Young Living

Macam mana nak pakai produk yang Living? Dah beli diffuser Young Living tapi tak tahu guna? Nak guna diffuser Young Living mudah sahaja tapi you all perlu ada basic knowledge untuk menggunakan Essential Oils supaya you all pakai dengan betul dari awal. Jangan sia-siakan minyak yang mahal dengan menggunakannya tanpa ilmu sebab essential oils dapat memberi banyak manfaat kepada mereka yang mengetahui dan mengamalkan cara guna yang betul. Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang wajib you tahu apabila sudah terjebak dengan Young Living.

Fakta Wajib Tahu Young Living

1. 100% Semulajadi

Kesemua Essential Oils (EO) Young Living (YL) adalah 100% dari pati minyak tumbuh-tumbuhan. Tiada pengunaan alkohol atau bahan pelarut langsung digunakan. YLEO adalah minyak yang disuling (steam distillation) atau diperah sejuk (cold pressed) daripada tumbuh-tumbuhan.

2. Bau YLEO adalah semulajadi

Disebabkan ianya 100% minyak pati tumbuhan sahaja, bau yang dihidu adalah 100% bau asli tumbuhan. 
Ada sesetengah EO yang baunya semulajadi wangi, ada yang semulajadi busuk. 
Tapi... Ada juga sesetengah EO yang pada mulanya bau busuk, tapi lama-lama bau wangi. Kenapa jadi macam tu? Katanya, kalau kita bau EO tu busuk, maksudnya badan kita sangat-sangat memerlukan EO itu. TAPI... Menang ada EO yang semulajadi busuk.


3. YLEO Bukan Sekadar Untuk Wangi

Sejujurnya Suri beli YL dulu sekadar untuk wangi-wangi. Kemudian dapat tahu yang YLEO banyak lagi kebaikan yang boleh mempengaruhi emosi dan badan. Mula-mula Suri tak percaya tapi lepas beberapa bulan pakai baru tersedar ada betulnya. Sebab Suri banyak berubah dan diri Suri yang kebanyakkan masa negatif je dah mula lebih positif. Senang cerita, YLEO ni membantu meningkatkan mental wellness juga. Ini sebenarnya ada kaitan dengan bau.
Did you know that olfactory (smell) receptors have been identified in organs and tissues outside the olfactory system, including sperm cells, heart, kidney, intestine, and testes? These receptors are involved in chemical reactions that adjust blood pressure, stimulate hormone secretion, trigger the release of enzymes, direct the migration of cells in response to chemical stimuli and more. This suggests that essential oils can profoundly influence health when applied or ingested by interacting with olfactory receptors throughout the body.

4. Jangkakan Healing Crisis

Demam, Pening, Inflammation dan beberapa kesan lain boleh dijangkakan di awal penggunaan YLEO. Ini yang dinamakana Healing Crisis dan ianya berlaku kerana YLEO adalah produk 100% semulajadi yang bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksik yang tersimpan dalam badan, terutamanya jika sebelum ini kita banyak menggunakan produk yang mengandungi banyak bahan kimia atau sintetik.
Namun, kesan ini bergantung juga pada setiap individu, ada yang rasa, ada juga yang tak rasa, bergantung pada badan masing-masing.

5. Frekuensi Lebih Penting Dari Kuantiti

Seperti yang Suri nyatakan tadi, YLEO bukan sekadar untuk wangi-wangi sahaja, setiap YLEO ada kebaikan dia sendiri yang boleh meningkatkan kesihatan mental dan juga fizikal. Maksud frekuansi lebih penting dari kuantiti adalah, tak perlu titiskan banyak EO dalam sekali guna dan menganggap yang ianya lebih baik. Tidak... Untuk mendapatkan kebaikan penuh dari YLEO adalah dengan meningkatkan pengunaannya. Daripada diffuse 10 titik EO sekali pakai, boleh titiskan 3 titik sekali pakai untuk 3 kali pengunaan. Hasilnya badan kita akan mendapat lebih kebaikan daripada konsistensi penggunaan YLEO.

6. Ada 2 Jenis YLEO, Singles & Blend

Single adalah EO yang diambil minyaknya dari tumbuhan itu sendiri. 
Cth: Lavender, Lemon, Peppermint, Lime, Orange

Blends adalah EO yang terdiri dari beberapa jenis Single EO tertentu yang digabungkan bersama EO Single yang lain dengan formulasi tertentu untuk tujuan tertentu.
Cth: Purification, Joy, YL Haven

7. Setiap Batch EO Berlainan

Jangan terkejut kalau dua botol YLEO yang sama bau di berbeza sikit walaupun dibeli terus daripada YL. Ini kerana, YLEO adalah 100% Pure tanpa mengunakan alcohol atau bahan sintetik lain di dalamnya. Oleh itu, bau yang diperoleh daripada YLEO adalah 100% semulajadi daripada tumbuhan yang menyebabkan bau setiap batch boleh jadi sedikit berbeza. 

8. YLEO Boleh Buat Blend Sendiri

Seronok buat blend sendiri dan ramai juga pengunna YLEO yang lama-lama banyak ajar bagaimana nak buat EO Blend dan untuk apa EO blend tersebut. Tapi ada beberapa langkah precaution yang you all perlu tahu sebelum mengambil langkah ini:
  1. Single boleh campur dengan singles
  2. Blends boleh campur dengan singles
  3. Blends TIDAK boleh campur dengan blends
  4. Pastikan botol yang digunakan botol kaca dan gelap (tinted)
Suri belum pernah cuba lagi buat blend sendiri sebab Suri masih belum habis explore semua EO, jadi tak berani nak ambil langkah ni lagi.

9. Penyimpanan YLEO Ada Caranya

YLEO adalah semulajadi tanpa bahan-bahan sintetik dan tanpa penjagaan yang betul boleh menyebabkan ianya cepat rosak. Dibawah antara langkah penting untuk memastikan YLEO sentiasa terjaga:

1. Simpan di tempat gelap dan tidak panas

Seeloknya simpan di dalam kotak yang tertutup tapi boleh sahaja simpan pada rak display. Sebab cantik kan warna-warni botol EO, boleh jadikan hiasan. Tapi pastikan tempat display itu jauh daripada cahaya matahari.

2. Sestengah EO bersifat Photosensitive

EO yang berasaskan CITRUS seperti Orange, Lime, Lemon perlu sentiasa dijauhkan daripada cahaya matahari kerana ia sinaran matahari boleh merosakkan EO dengan mudah. Elakkan juga sapu EO seperti ini di kulit ketika berada di luar. Ianya boleh merisikokan kulit apabila terdedah dengan cahaya matahari.

3. Jangan simpan EO dalam kereta

Faham kalau kita nak diffuse EO dalam kereta sebab ruang kereta lebih kecil dan tertutup, seronok sebab baunya lebih kuat. Tapi kalau keluar dari kereta, bawa sekali botol EO sebabnya suhu panas dalam kereta yang ditinggalkan akan merosakkan EO.

10.  Setiap Individu Berlainan Tindakbalasnya Pada YLEO 

Penerimaan EO kepada setiap individu berlainan ada yang serasi dan ada yang tak serasi. Apapun 'start slow' dengan EO yang baru. Mulakan dengan dos yang sikit dan lama kelamaan boleh tingkatkan jumlah titik penggunaan. Ada juga antara mereka yang bila dah lama pakai satu EO tersebut, lama-lama dah tak ada kesan dah pada diri sebab EO tu mungkin dah immune pada badan kita. Mungkin caranya untuk kurangkan dos penggunaan EO tersebut dan cuba gunakan EO lain pula.


Cara Menggunakkan Young Living Essential Oils

Ada 5 cara mengunakan YLEO sebenarnya, yang paling sinonim sudah tentu diffuse sebabnya YL sangat dikenali dengan pilihan diffuser yang cantik-cantik. Tapi macam yang Suri katakan di atas, Young Living lebih dari wangi-wangi sahaja. Berikut adalah cara-cara penggunaan Young Living:

1. Diffuse

Diffuse adalah cara paling mudah dan seronok di buat. Rata-rata membeli YL adalah untuk diffuse termasuk diri Suri sendiri dan ternyata diffuse YLEO ni je dah boleh buat ramai happy.

Boleh ke pakai diffuser jenama lain selain jenama YL untuk diffuse EO YL? 
Boleh! Tapi sebaiknya pakai sendiri Young Living Ultrasonic Diffuser kerana diffuser-diffuser YL direka khas untuk YLEO yang bersifat lebih pekat. Lagipun, diffuser YL kukuh dan tahan lama dan juga ada warranty sehingga 2 tahun. Kalau rosak, YL akan gantikan dengan yang baru terus. Janji beli dengan Independent Distributer yang berdaftar.

Mana tempat yang sesuai letak diffuser Young Living?
Diffuser Young Living boleh di letak di mana-mana tapi seeloknya jangan letak di tempat yang terlalu tinggi ataupun terlalu rendah sebabnya kita nak kebaikan bau YLEO secara dekat juga. Letakkan di tempat yang berhampiran dengan kita seperti di ruang kita duduk atau baring supaya asap kepuk-kepuk tu sampai ke muka kita.

Boleh ke guna air paip untuk isi diffuser?
Young Living sarankan menggunakan mineral water ataupun air yang telah dimasak supaya bila diffuse, YLEO bercampur dengan air yang tiada kuman dapat memberikan kebaikan yang lebih optimum.

Kenapa diffuser YL bau tak kuat bila diffuse?
Mungkin ada yang salahkan diffuser, tapi ia bergantung juga pada saiz bilik. Bilik lebih besar, lebih banyak titik yang diperlukan. Tapi ingat, YL bukan sekadar wangi-wangi sahaja. Sebab itu disarankan letak YL Diffuser di tempat yang paling dekat dengan kita.

Boleh ke letak diffuser dekat dengan alat elektronik?
Suri pun mencari jawapan ni, sebab kalau ikutkan logik wap air kepuk-kepuk tu mungkin boleh merosakkan alat elektrik jika dibiarkan lama sangat berdekatan dengan alat elektrik. Tapi ramai je Suri nampak letak diffuser berdekatan dengan TV, Laptop dan juga alat-alat elektrik lain. Ini bergantung pada diri masing-masing. Suri jenis mudah takut jadi Suri jauhkan penggunaan diffuser dari alatan elektrik lain termasuklah jauhkan daripada socket plug juga.

2. Inhale

Inhale = Hidu
Suri belum habis belajar lagi mengenai YLEO ni jadi Suri belum belajar sebetulnya lagi macam mana cara hidu YLEO yang betul. Leader Suri ada terangkan dulu tapi Suri lupa sebab Suri tak amalkan. Nanti Suri akan update balik post ni bila Suri dah comfirmkan info yang sahih.

3. Topical (Sapu)

Cara sapu EO ini mungkin bunyinya mudah tapi perlu berhati-hati.
EO ada yang bersifat ‘panas’ dan pijar yang boleh membuatkan kulit terbakar (inflammed).
Cth: Oregano, Thieves, Peppermint, Clove, Digize, Thyme dan banyak lagi.

Oleh itu dinasihatkan untuk cairkan EO (dilute). Cara untuk dilute Essential Oil Young Living adalah menggunakan carrier oil sama ada VCO atau V6 dari Young Living.
Nisbah dilute 1:1 @ 1:4 bergantung pada jenis EO.

Kalau EO terkena direct kulit dan terasa panas atau pijar, JANGAN CUCI DENGAN AIR. Sapu dengan carrier oil sahaja untuk kurangkan rasa pijar. Jadi sila berhati-hati kalau ada anak kecil di rumah. Kalau ada gunakan EO yang panas, pastikan sebelum pegang bayi, bilas tangan dengan carrier oil dan baru cuci dengan sabun dengan air.

YLEO boleh disapukan pada seluruh anggota badan kecualit DALAM MATA & TELINGA. 
Tempat yang paling selamat untuk sapu YLEO adalah di TAPAK KAKI.

Jika ingin sapu 2 jenis EO bebeza pada anggota badan, sapukan secara berperingkat (layer). Jangan campurkan 2 EO sekali pakai direct. Ini bertujuan untuk EO meresap kedalam kulit dahulu. Selang seminit dua boleh sapukan lagi satu EO yang dikehendaki.

Dan jika EO yang digunakan terdiri daripada EO Single dan Blend, mulakan dengan EO Single kemudian baru sapukan Blend.

Suri ada beberapa kali cuba sapu di tapak kaki tapi Suri tak suka sangat lagi sapu-sapu ni sebab rasa berminyak. Dan Suri belum faham lagi cara betul untuk dilute EO yang sebetulnya jadi Suri tak nak ambil risiko. Lagipun Suri memang tahu Essential Oils sangat potent dan boleh menyebabkan inflammation dari dulu. Mungkin sebab Suri obsessed dengan skincare, jadi otak terus bergerak yang EO pada kulit tak elok. HAHA...

Insyallah, nanti Suri akan study lagi tentang ini dan update semula post ni.

4. Ingest

EO di masukkan dalam air atau kapsul untuk dimakan/ diminum. Sejujurnya Suri masih tak berani lagi main letak-letak dalam makanan Suri sebab ilmu belum cukup lagi. Tapi Suri dah cuba Ningxa Red dan tengah amalkan pun sekarang dan Suri nampak perubahan ketara lepas amalkan minum Ningxa ni. Dalam Ningxa Red ni ada essential oils yang telah dicampurkan bersama. Lain kali Suri update post tentang Ningxa Red pula. Tapi kalau you nak cuba amalkan Ingest EO, YL ada EO Flavouring Range sendiri yang memang bertujuan untuk dihadam dan dititiskan pada makanan.

5. Oral

Oral = Titik bawah lidah. Suri tahu cara ni, leader Suri ada terangkan dulu tapi Suri tak ambil tahu sangat sebab tak tergerak hati lagi nak buat. Kalau Suri ada buat nanti Suri update balik post ni.


Setakat ini itu sahaja yang Suri tahu tengan Young Living. Suri masih dalam process belajar lagi sebab itu Suri buat post macam ni, supaya Suri ingat. Bila Suri menulis otak pun bergerak jadi lebih senang hadam. Alang-alang boleh share sekali dengan pembaca blog Suri.
Maafkan Suri kalau ada info yang tak lengkap ataupun ada info yang salah. Boleh comment di bawah untuk alert pada pembaca lain ya. Suri pun tak nak kongsi maklumat yang salah, tapi segala sumber yang Suri peroleh adalah daripada hasil membaca daripada sharing-sharing mereka yang dah lama dengan Young Living.

Pada mulanya Suri beli YL ini sekadar nak diffuse bilik untuk wangi sahaja, tak sangka pula sekarang Suri sendiri rasa nak belajar dan lebih tahu tentang kebaikan minyak YL ni. Semoga post ini bermanfaat untuk you semua ya.

0 comments