Cara Kongsi Laptop Untuk Satu Keluarga
Kongsi satu laptop untuk satu keluarga mungkin bukan pilihan bagi mereka yang mampu kerana ia akan mengehadkan masa pengunaan untuk seseorang dan situasi akan melecehkan. Tambahan lagi ruang peribadi tidak dapat diperoleh kerana semua yang mengunaakan laptop akan mendapat acess segala maklumat yang disimpan. Namun, tak semua orang diberi rezeki untuk memiliki laptop sendiri, jadi berkongsi laptop lebih baik daripada tiada langsung. Sekurang-kurangnya kerja dan manfaat yang dilakukan dengan laptop masih dapat dilakukan.
Untuk lebih mudah berkongsi berkongsi laptop untuk satu keluarga adalah dengan mengunakan Chrome Profile. Chrome Profile adalah feature Google yang percuma dan boleh digunakan oleh sesiapa pun.
Kelebihan Menggunakan Chrome Profile
- Cara paling mudah untuk bezakan profile
- Satu window = satu user
- Satu user = satu akaun Gmail
- Satu akaun Gmail akan simpan data masing-masing
- Features chrome (autofill, bookmark, password, google docs, dll) boleh digunakan sepenuhnya tanpa bercampur
- Sistematik & senang
- Kompatible dengan windows dan apple
- Tidak memberatkan laptop kerana data disimpan online
Cara Buat Chrome Profile
1. Install Chrome
Browser chrome banyak kelebihan yang membolehkan kerja kita di komputer jadi lebih mudah. Malah, Chrome bukan sahaja kegunaan di komputer sahaja, malah di peranti lain seperti telefon pintar, ataupun tablet pun boleh muat turun Chrome.
2. Buat akaun Google / Gmail
Setiap orang buat akaun gmail dia sendiri. Tak perlu kongsi, buat akaun personal, boleh create akaun pakai handphone masing-masing ataupun boleh je pakai yang sedia ada. Bila dah ada akaun Google baru boleh sign-in untuk creat Chrome Profile.
3. Sign in Chrome Profile
Di sudut paling atas bahagian kanan browser sebelah address bar, you akan nampak satu bulat kecil. (Rujuk gambar paling atas). Klik pada bulat tu dan sign-in akaun gmail anda sendiri. Bila dah sign-in you akan nampak lambang buat kecil tu akan bertukar pada muka you (kalau you update gambar pada profile google). Ataupun pilih sahaja avatar yang google tawarkan.
Chrome profile ni basically gmail account you. Apa-apa perubahan you buat pada akaun gmail you, chrome profile you pun akan berubah.
Bila you dah berjaya sign-in google pada chrome profile, you akan nampak dua bulat dah. Satu yang kecil pada paling atas, dan satu yang besar sikit di bawah. Kedua-dua profile itu adalah you punya tapi fungsi dia berbeza. (Suri akan jelaskan di bawah nanti)
Bila you tekan bulat yang paling atas, you akan nampak maklumat you seperti nama, gmail address, dan button-button lain untuk setting google akaun you. Itu tandanya Chrome Profile you dah ready untuk digunakan.
4. Ulang Semula Sign-In Chrome Profile (Profile lain)
Di bawah segala maklumat you tadi, you akan nampak +Add button di bawah. Tekan gambar butang itu dan ulangi semula process di atas. Tapi kali ini dengan user lain. Contohnya kalau tadi you log-in akaun you sendiri, kali ni boleh log-in ke gmail suami/ isteri/ anak.
2. Sign-in Gmail
Dengan hanya 2 step ini sahaja you dah create lagi satu profile.
Ulangi lagi process ini untuk semua ahli keluarga you yang berkongsi laptop yang sama. Suri tak pasti berapa limit akaun yang dibolehkan tapi Suri dah pernah buat sampai 10 akaun dan tak ada masalah.
Cara ini Suri dah pakai bertahun-tahun sejak zaman Uni lagi. Tapi Suri guna bukan untuk kongsi laptop tapi untuk bezakan profile gmail Suri. Suri jenis orang yang suka organize, tak boleh campur aduk nanti Suri pening. Oleh itu Suri miliki banyak email untuk pisahkan kegunaan seperti, email personal, kerja, bisnes, blog, shopping, keluarga dan lain-lain.
Kenapa Suri buat macam tu? Sebab senang nak refer dan cari email sebab Suri kerja banyak mengunakan email. Kalau satu email campur semua, memang susah nak keep track, terutama kalau daftar e-commerce website, Newsletter dia memang anoyying tapi Suri suka tengok kadang-kadang sebab Sale. Hehe... Jadi bila Suri buat email masing-masing, Suri lebih alert dan cara ini lebih sistematik.
Bila Suri jumpa Chrome Profile ni, lagi senang Suri nak uruskan semua akaun gmail Suri. Hanya dengan 2 klik sahaja, Suri dah boleh ubah-ubah profile dan kerja Suri jadi lebih mudah. Setiap profile akan create satu tab baru jadi tak bercampur website-website yang Suri buka untuk setiap profile. Itu sebabnya Suri boleh buat 2-3 kerja sekali harung sebab terurus.
Pengalaman Kongsi Satu Laptop Satu Keluarga
Sejujurnya Suri tak pernah berkongsi laptop dengan sesiapa sebab dari dulu lagi Alhamdulillah ada rezeki Suri untuk pakai laptop sendiri. Lagipun Suri sangat kedekut dengan laptop Suri, memang Suri tak bagi sesiapa pakai sebab tu Suri punya laptop tahan sampai 5-6 tahun tapi masih okay lagi. Tapi perangai ni Suri terpaksa ubah bila dah kahwin. HAHA... Suami Suri pun ada laptop sendiri tapi kadang-kadang dia suka pakai laptop Suri sebab laptop Suri lebih canggih. ;p
Bukan Suri nak kedekut tapi salah satu perkara yang Suri tak suka bila suami sign-in Gmail dia pada browser yang Suri guna dan dari situ segala linking seperti password dll di Gmail Suri akan broken dan melecehkan kerja Suri. Pada Suri, segala setting akan jadi caca-marba dan Suri kena bazirkan masa untuk set balik. Suri akan jadi geram dan bengang tapi takkan nak marah suami sebab perkara remeh kan? Jadi Suri terfikir cara Suri kemaskan segala email, Suri buatkan dia Chrome Profile sendiri pada laptop Suri dan lepas tu tak ada isu dah, senang!
Tips ini juga Suri gunakan pada laptop rumah untuk adik-adik Suri. Di rumah hanya ada satu laptop sahaja dan adik-adik Suri yang bersekolah ada lagi 2 orang. Sebab PKP ni dua-dua perlu gunakan laptop lebih masa dan untuk elakkan salah sorang untuk dominasi lebih pada laptop, Suri gunakan cara ini supaya masing-masing boleh susn atur jadual masing-masing. Di samping itu ada kebebasan untuk customise profile masing-masing, jadi tak ada yang bergaduh sebab sentuh orang lain punya kerja sebab Profile Chrome mereka terpisah, tak ada alasan 'tak sengaja' lagi.
Dengan cara ini juga, Suri dapat lihat yang adik-adik dapat uruskan jadual masing-masing untuk guna laptop juga. Disebabkan sync Gmail boleh dari komputer dan juga telefon bimbit, mereka boleh adjust waktu yang perlu mereka perlu depan laptop dengan mudah. Kalau tak perlu gunakan laptop, mereka sambung kerja di telephone pintar. Macam mana?
Suri ajar adik-adik Suri mengunakan segala features online yang percuma seperi google docs, google drive, google slides dan juga dropbox. Jadi kalau salah seorang perlu gunakan laptop, yang lagi seorang boleh sambung kerja mengunnakan telephone pintar tanpa banyak kerja untuk pindah-pindah file sebab semuanya online. Ini juga antara tips untuk komputer yang laju.
Tips Untuk Lajukan Computer
Kalau you Google tips untuk lajukan computer, mesti akan keluar senarai untuk buang junk file dalam disk dan lain-lain. Yes, itu cara yang betul untuk lajukan laptop tapi cara yang Suri buat ni adalah cara tambahan kalau laptop masih juga slow dan hang dan solusi dia sangat mudah.
PINDAH SEMUA DATA ONLINE
Suri dah amalkan cara ini sejak zaman Uni lagi dan Suri tak pernah dah ada masalah laptop berat walaupun Suri dulu ambil course Art & Design yang memerlukan banyak file Adobe kena simpan. Laptop pertama Suri, Suri pakai windows, 4 tahun juga Suri pakai, dari awal Diploma sampai awal Degree. Di laptop tu Suri install macam-macam sebab ada space dan laptop tak lag pun. So okay, tapi bila Suri masuk Degree Suri tukar ke Macbook Pro, itu yang jadi macam-macam masalah.
Space tak cukup, software tak ada. Nak install crack susah. Jadi Suri ambil option untuk pindahkan segala kerja Suri online, jadi Suri dapat jimat ruang dalam laptop dan boleh juga kerja tanpa macbook kalau perlu sebab segala file Suri tersimpan online. Dan yang paling seronok, Suri gunakan semua PERCUMA.
Gambar-gambar untuk kenangan, Suri simpan dalam Album Facebook tapi set private. Segala file kerja Suri akan simpan dalam Google Drive ataupun Dropbox. Untuk pakai words, Suri guna Google Docs sahaja. Samalah untuk Goole Slides dan Google Sheets.
Laptop Suri hanya ada editing software je dan apps yang perlu je installed. Memang tak ada file dalam laptop Suri dan Suri juga tak gunakan pendrive ataupun hard drive. File yang dah tak diperlukan Suri akan buang. Suri dah amalkan cara ini bertahun-tahun sampai sekarang dan latop tak lembap pun. Bayangkan Suri pakai Macbook Pro 6 tahun sampai outdated dah tapi laptop tu elok lagi. Cuma Suri tak boleh nak pakai dah sebab charger dia rosak.
Jadi inlah tips mudah untuk you all kongsi satu laptop satu keluarga. Tak perlu bergaduh atau berebut sebab space tak ada untuk simpan file personal you sebabnya you boleh je simpan online tanpa orang lain yang gunakan laptop sama dapat access pun.
Selamat mencuba!
0 comments